
Ramai di antara mereka di luar sana sering bertanya kepada saya berapakah bayaran guaman (legal fees) yang dikenakan bagi setiap pembelian dan penjualan rumah atau hartanah yang mereka ingin miliki atau yang ingin mereka jual. Memang setiap kali adanya house viewing, saya akan terangkan serba sedikit mengenai perkara ini agar pembeli bersedia dengan tunai ketika perlu membuat pembayaran kepada peguam nanti.
Untuk pembelian rumah, pembayaran guaman bagi ‘Sales & Purchase Agreement’ (S&P) adalah tertakluk kepada ‘solicitors’ remuneration order 2005‘ yang mana skala upahnya adalah seperti berikut :
Sebagai contoh :
Jika rumah yang hendak dibeli adalah berharga RM550,000, legal fees yang dikenakan adalah
- RM150,000 pertama @ 1% : RM1,500
- RM400,000 yang berikutnya @ 0.7% : RM2,800
Jumlah KESELURUHAN PEMBAYARAN : RM1,500 + RM2,800 = RM4,300
Bagaimana pula dengan pengiraan rumah/ hartanah yang melebihi harga RM7,500,000? Jom kita sama buat pengiraan agar ianya lebih jelas untuk anda. Katakan hartanah yang ingin dibeli adalah pada harga RM10.5 juta
- RM150,000 pertama @ 1% : RM1,500
- RM850,000 berikutnya @ 0.7% : RM5,950
- RM2,000,000 berikutnya @ 0.6% : RM12,000
- RM2,000,000 berikutnya @ 0.5% : RM10,000
- RM2,500,000 berikutnya @ 0.4% : RM10,000
- RM3,000,000 berikutnya @ 0.2% (mengikut persetujuan bersama) : RM6,000
Jumlah KESELURUHAN PEMBAYARAN : RM45,450
Dengan mengetahui asas pengiraan untuk legal fees, anda sudah pasti boleh berkira-kira berapakah jumlah tunai yang anda perlu ada untuk membeli sebuah rumah atau hartanah. Harus diingat, bukan sahaja 10% wang pendahuluan sahaja yang anda perlu ada, malahan bayaran guaman juga perlu dimasukkan dalam bajet awal anda.
Selain legal fees, pembeli juga harus membayar DUTI SETEM bagi pembelian rumah tersebut. Ianya akan saya sentuh pada post yang akan datang.