“SAYA NAK JUAL TANAH TAPI TAK TAHU CARA NAK DAPATKAN PEMBELI YANG BETUL?”
“BOLEH KE EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR BANTU SAYA?”
NAK TAK KALAU SAYA KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL TANAH ANDA DENGAN BETUL
Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri saya,
Saya Mohd Aidil Halim Othman, merupakan seorang Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar) dan telah terlibat dalam bidang hartanah selama 10 tahun. Sepanjang 10 tahun ini, saya telah terlibat dalam menguruskan hartanah korporat, jual beli tanah untuk pasaran sekunder (subsale) dan seorang pelabur hartanah.
Dari pengalaman tersebut, saya telah terlibat dengan segala jenis tanah iaitu tanah untuk pembangunan, tanah untuk pertanian, tanah untuk perladangan, tanah untuk komersil dan industri dan lain-lain lagi yang berkaitan.
Sebagai seorang Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar), saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).
OK JOM KITA SAMBUNG, SAYA KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL TANAH ANDA DENGAN BETUL
SEMAK DAHULU HARGA PASARAN TANAH ANDA
Sebelum nak jual tanah anda, perkara pertama dan terpenting anda lakukan adalah dengan menyemak terlebih dahulu berapa harga pasaran untuk tanah anda.
Anda boleh survey melalui internet untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Ini untuk mengelakkan daripada anda menjual tanah anda dengan harga yang terlalu mahal sehinggakan tiada orang yang berminat untuk membeli tanah anda.
Cara terbaik adalah dengan menghubungi Ejen Jual Tanah Berdaftar untuk mendapatkan harga pasaran yang betul kerana ejen jual tanah biasanya telah mempunyai senarai harga pasaran di sesuatu kawasan.
CARI PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI TANAH ANDA
Selepas anda dapatkan harga pasaran, anda perlu cari pembeli dengan mengiklankan tanah anda di mana-mana medium pengiklanan. Anda boleh gunakan platform Facebook, Twitter atau Mudah.my untuk mengiklankannya.
Jika ada pembeli yang berminat, kebiasaannya pembeli akan membuat lawatan tapak (sive visit) untuk mengetahui adakah tanah anda strategik dan adakah harga yang anda tawarkan sesuai dengan lokasi tanah anda.
Pastikan juga anda filter atau tapis pembeli anda sebelum membawa pembeli untuk membuat lawatan tapak supaya anda tahu pembeli layak membuat pinjaman atau mempunyai cash untuk pembelian tanah itu nanti.
SEDIAKAN SEGALA DOKUMEN BERKAITAN
Jika pembeli dah setuju untuk meneruskan pembelian setelah lawatan tapak dilakukan, pembeli akan membayar wang deposit sebagai tanda jadi. Ketika ini, anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk meneruskan proses jualbeli tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Dokumen hakmilik/ geran asal.
- Dokumen carian hakmilik dari Pejabat Tanah.
- Resit bayaran terkini Cukai Tanah.
- Resit bayaran terkini Cukai Pintu/ Cukai Taksiran (jika ada rumah atas tanah)
- Salinan kad pengenalan penjual dan pembeli.
- Surat setuju jual yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli.
Pastikan tanah yang anda nak jual tu bebas dari sebarang kaveat.
ISI DAN LENGKAPKAN BORANG PINDAHMILIK
Selepas semua dokumen disiapkan, anda perlu dapatkan borang pindahmilik dari Pejabat Tanah dan melengkapkan borang tersebut.
Borang tersebut hendaklah dikembalikan ke Pejabat Tanah untuk proses tukar nama yang akan dilakukan oleh Pejabat Tanah. Semasa proses ini, anda perlu pastikan pembeli telah melunaskan keseluruhan bayaran untuk harga jualan tanah tersebut.
BAYAR DUTI SETEM UNTUK PROSES PENJUALAN TANAH
Akhir sekali, setelah penjualan selesai, jangan lupa untuk membuat bayaran Duti Setem untuk urusan pindahmilik tersebut.
Proses pembayaran Duti Setem boleh dilakukan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan anda. Ada pengiraan berapakah bayaran Duti Setem yang dikenakan dan diharapkan anda bersedia dengan jumlah bayaran itu nanti.
ADA KE CARA LAGI MUDAH? NAMPAK MACAM SUSAH JE SAYA NAK BUAT SEMUA.
YA. ADA…
ANDA LANTIK SAYA SEBAGAI EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR ANDA. ANDA TAK PERLU SUSAH-SUSAH DAN SESAKKAN FIKIRAN ANDA UNTUK LAKUKAN SEMUA PROSES YANG SAYA SEBUTKAN DI ATAS.
Sebab saya faham, jika anda adalah golongan seperti berikut;
- Pertama kali nak jual tanah.
- Tiada pengalaman dalam urusan jualbeli tanah.
- takut tertipu dengan pembeli yang tak tahu dari mana yang menipu dalam urusan jualbeli tanah.
- Serik berurusan dengan broker tanah yang ambil keuntungan tak masuk akal.
Maka, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat penjualan dengan [wpdki_pro] {location} yang mahir tentang proses teknikal urusan penjualan tanah. Pastian Ejen Jual Tanah yang dilantik adalah berdaftar dan dipercayai.
Sebabnya, dalam soal jualbeli tanah ini, jangan mudah percaya dengan sebarang orang. Seorang Ejen Jual Tanah Berdaftar biasanya adalah antara individu yang boleh dipercayai kerana Ejen Jual Tanah Berdaftar adalah individu yang berdaftar dan telah melakukan banyak transaksi jualan hartanah.
KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR?
Anda akan mendapat servis konsultasi mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH sebagai seorang Ejen Jual Tanah Berdaftar dan terlatih. Ini kerana seorang Ejen Jual Tanah Berdaftar akan sentiasa dipantau oleh LPPEH.
Penjualan tanah anda akan diuruskan secara profesional dan kepentingan anda sebagai klien akan sentiasa dilindungi. Saya akan sentiasa memastikan hasrat anda untuk menjual tanah anda akan tercapai dan berjalan lancar.
APAKAH STRATEGI DAN TEKNIK YANG SAYA GUNAKAN SEBAGAI EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR, UNTUK MEMASTIKAN TANAH ANDA BERJAYA DIJUAL?
1. KAJIAN PERSAINGAN
Kebiasaannya, saya dan Ejen Jual Tanah Berdaftar dalam kumpulan saya akan melakukan kajian pasaran sebelum mengiklan sesuatu hartanah.
Ini termasuklah mendapatkan nilai pasaran dan harga permintaan semasa. Ini adalah untuk memastikan tanah yang diiklankan kekal kompetitif dan boleh bersaing dengan tanah lain yang berhampiran
2. TEKNIK FOTOGRAFI
Gambar tanah dan persekitaran tanah anda akan diambil menggunakan dron untuk mendapatkan gambaran sebenar tanah dari udara. Dengan adanya gambar dron, pembeli dapat melihat keseluruhan tanah anda dengan lebih jelas.
90% pembeli membuat tindakan pertama adalah dengan melihat gambar. Gambar yang menarik adalah kredit bagi tanah yang diiklankan. Bukan semua [wpdki_pro] mempunyai dron untuk mengambil gambar.
3. PROPOSAL JUALAN
Saya akan menyediakan satu proposal jualan mengenai tanah yang hendak dijual. Dengan adanya proposal jualan tanah ini, pembeli dapat melihat info yang lebih jelas dan semestinya penjualan tanah tersebut dapat dilakukan dengan lebih tertumpu.
Bagi lantikan eksklusif , saya akan memastikan proposal jualan dihantar dengan lebih banyak dan lebih kerap kepada pembeli untuk mendapatkan lebih ramai pembeli yang berminat.
4. JARINGAN KERJASAMA YANG BAIK
Sebagai Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar), saya mempunyai hubungan baik dengan pegawai bank dan peguam hartanah bagi melancarkan urusan penjualan tanah anda.
Anda tidak perlu bersusah-payah kerana saya akan uruskan kesemuanya. Ianya adalah seperti one-stop-centre untuk servis berkaitan jualbeli tanah.
TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. SAYA SEDIA MEMBANTU
KONSULTASI MENGENAI MARKET ANALISIS PERCUMA
Sekiranya anda merancang untuk menjual tanah anda dalam masa terdekat, saya menyediakan konsultasi mengenai market analisis secara PERCUMA. Selain itu, saya juga akan memberi khidmat nasihat awal sebelum anda membuat keputusan untuk melantik saya sebagai Ejen Jual Tanah Berdaftar untuk menjual tanah anda.
Antara khidmat awal yang akan diberikan adalah seperti anggaran tempoh masa penjualan selesai, persediaan awal yang perlu dibuat oleh setiap pemilik tanah, senarai dokumen diperlukan, kos peguam dan lain.