Bagaimana Urusan Pembelian Rumah Idaman Anda Di Uruskan

Tags: , , ,

Setiap daripada kita semestinya berimpian untuk memiliki rumah sendiri. Tidak kira sama ada rumah tersebut adalah rumah baru atau rumah yang hendak dijual oleh pemilik kepada anda. Maka, di sinilah sebenarnya AJEN HARTANAH memainkan peranannya dengan menjadi orang tengah untuk penjual dan bakal pembeli.

Sebenarnya, AJEN HARTANAH akan memudahkan kerja anda kerana mereka dengan rela hati menjadi orang suruhan anda untuk melakukan market survey, mencari pembeli, mencari rumah idaman malahan segala urusan jual beli yang melibatkan pihak bank dan lawyer juga akan dilakukan oleh AJEN HARTANAH. Bukankah ini akan memudahkan anda yang hanya perlu menunggu sehingga rumah anda terjual atau menunggu sehingga anda mendapat berita gembira yang loan anda telah lulus dan anda boleh memiliki rumah idaman anda dengan hati yang gembira.

Berapakah bayaran komisennya..???

Tahukah anda yang kebanyakan AJEN HARTANAH berdaftar tidak menerima komisen daripada hasil jualan rumah tersebut TETAPI pihak syarikat yang mewakilkan AJEN HARTANAH tersebut akan mengenakan yuran professional (Professional Fees) sebanyak 3% kepada penjual setelah urusan jual-beli selesai. Jadi tidak ada istilah bayaran komisen atau advance kepada AJEN HARTANAH tersebut.

Print