Cara Pengiraan Pendapatan Perniagaan yang Diambilkira oleh Pihak Bank untuk Digunapakai Dalam Pengiraan DSR.

Pada zaman ini, ramai daripada kita telah menjalankan perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM sebagai sebuah syarikat milikan tunggal atau lebih dikenali sebagai syarikat enterprise. Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan pendaptan perniagaan tersebut untuk proses permohonan pinjaman perumahan ?

Ya, ianya memang boleh digunakan tetapi dengan beberapa langkah dan cara yang betul. Kebanyakan pengusaha perniagaan tidak tahu cara pengiraan pendapatan perniagaan yang diambilkira oleh pihak bank untuk digunapakai dalam pengiraan DSR (Debt Service Ratio) dan langkah-langkah yang perlu diambil hinggakan pihak bank terpaksa tidak mengambilkira pendapatan perniagaan mereka hinggakan sukar untuk pengusaha perniagaan untuk mendapatkan pinjaman. Untuk kefahaman mengenai DSR anda boleh klik di sini.

 

Baiklah, ini adalah beberapa langkah yang betul dan perlu untuk anda tahu jika anda merupakan pengusaha perniagaan:

1. Dartar perniagaan untuk untuk membayar cukai perniagaan.

Adalah penting untuk perniagaan anda membayar cukai perniagaan kerana melalui cukai tersebut pihak bank dapat mengetahui berapakah pendapatan bercukai syarikat anda dan boleh mengetahui pendapatan bulanan perniagaan anda melalui pengisytiharan pendapatan bercukai tersebut.

Jika orang yang bekerja membuktikan pendapatan mereka dengan penyata gaji dan potongan KWSP, pendapatan perniagaan pula dapat dibuktikan dengan pengisyriharan pendapatan bercukai. Lebih banyak anda isytiharkan pendapatan bercukai perniagaan anda, lebih tinggi pinjaman yang anda akan dapat.

2. Penyata kewangan perniagaan terkini.

Pihak bank juga akan melihat penyata kewangan perniagaan anda untuk 6 bulan. Penyata kewangan tersebut hendaklah merupakan penyata kewangan yang terkini. Pihak bank akan melihat pada purata total credit di dalam setiap penyata kewangan bulanan tersebut. Untuk itu, adalah amat penting untuk anda menyimpan setiap penyata kewangan bulanan perniagaan anda yang telah dipos oleh pihak bank.

Setelah pengiraan putara, pihak bank hanya mengambil 20% dari purata bulanan tersebut untuk dimasukkan ke dalam pendapatan perniagaan anda.

Setelah anda mengetahui pendapatan perniagaan anda di kolum 1 dan 2 tadi, anda sudah boleh mengira DSR anda untuk mengetahui keboleh upayaan anda memohon pinjaman perumahan. Pengiraan DSR adalah sama seperti pengiraan DSR untuk individu.

 

Jom kita lihat contoh di bawah:

Contoh 1,
Katakanlah Ahmad menjalankan perniagaan alat ganti kenderaan secara sepenuh masa. Pendapatan Ahmad adalah seperti berikut:

-Pendapatan bercukai : RM500,000/12 bulan = RM41,666
-Purata ‘total credit’: RM100,000×20% = RM20,000
-Pinjaman perniagaan dan pinjaman persendirian : RM10,000

DSR = Jumlah Bayaran Pinjaman/Pendapatan Bulanan x 100%
= 10,000/61,666 x 100%
= 16.22%

Jika peratus maksima DSR yang diambilkira oleh bank adalah 90%, bermakna keboleh upayaan Ahmad membuat pinjaman bank adalah sebanyak 73.78% (90%-16.22%) daripada pendapatannya.

 

Contoh 2,
Katakanlah Saiful bekerja sebagai eksekutif syarikat swasta dan juga mempunyai perniagaan online sendiri yang diusahakan secara separuh masa. Pendapatan Saiful adalah seperti berikut:

-Gaji bersih bulanan : RM2,200
-Pendapatan perniagaan bercukai : RM60,000/12 bulan = RM5,000
-Purata ‘total credit’ : RM20,000×20% = RM4,000
-Pinjaman persendirian (kereta, kredit kad dll) : RM1,500

DSR = Jumlah Bayaran Pinjaman/Pendapatan Bulanan x 100%
= 1,500/11,200 x 100%
= 13.39%

Jika peratus maksima DSR yang diambilkira oleh bank adalah 90%, bermakna keboleh upayaan Saiful membuat pinjaman bank adalah sebanyak 76.61% (90%-13.39%) daripada pendapatannya.

Semoga bermanfaat.

Print