Apakah yang Dimaksudkan dengan Deed of Assignment

Deed of Assignment atau dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai Surat Ikatan Tugas adalah dokumen perjanjian yang membuktikan pemindahan hak milik oleh pemaju kepada pembeli. Ia digunakan apabila hartanah masih lagi dibawah geran induk atau master title.

Disebabkan hartanah terbabit masih berstatus ‘Geran Induk’, pihak pemaju akan memenyediakan perjanjian yang berasingan yang dipanggi Deed of Assignment atau DOA. Pada asasnya ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa pihak pemaju adalah merupakan pemilik hartanah dan bersetuju dan berjanji untuk membenarkan anda sebagai pemilik sementara untuk mendiami atau menggunakan hartanah tersebut dan anda tertaktuk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam Deed of Assignment yang telah disetemkan.

Dengan adanya perjanjian Deed of Assignment ini, pihak pemaju juga berjanji untuk mengeluarkan Geran Strata (Strata Title) atau Geran Individu (Individual Title). Sebagai pemilik baru yang tidak mempunyai
geran, anda tidak boleh memindah, mencagar, atau menjual hartanah anda melainkan mendapat kebenaran untuk menjualnya dari pihak pemaju.

Apakah perbezaan Deed of Assignment dengan Memorandum of Transfer ?

Perbezaannya adalah Deed of Assignment adalah merupakan perjanjian yang dikeluarkan oleh pemaju jika hartanah masih dibawah geran induk manakala Memorandum of Transfer pula adalah merupakan surat perjanjian yang disediakan oleh pemaju atau pemilik hartanah jika hartanah tersebut telah mempunyai Geran Strata atau Geran Individu.

Tajuk Memorandum of Transfer akan dikupas dengan lebih lanjut pada arktikel yang akan datang.

Semoga bermanfaat.

Print