Adakah kenaikan RPGT memberi kesan kepada kenaikan harga rumah?

Tags: , ,

Dalam pembentangan Belanjawan 2014 yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan RPGT terhadap hartanah yang ingin dilupuskan yang mana kadarnya adalah seperti berikut :

– 30% dari keuntungan jualan hartanah yang ingin dilupuskan dalam tempoh 3 tahun milikan.

– 20% dari keuntungan jualan hartanah yang ingin dilupuskan dalam tempoh 4 tahun milikan.

– 15% dari keuntungan jualan hartanah yang ingin dilupuskan dalam  tempoh 5 tahun milikan.

– Tiada cukai dikenakan untuk hartanah yang ingin dilupuskan dalam tempoh 6 tahun milikan dan ke atas.

Mengikut apa yang dibentangkan, dengan kenaikan ini, ianya dapat membendung kenaikan harga rumah yang melambung tinggi. Sejauh manakah kebenaran tersebut.

Jika diperhatikan, ramai pelabur industri hartanah telah menjangkakan kenaikan tersebut, dan mereka tidak kisah jika cukai tersebut dinaikkan. Ini kerana mereka telah mempersiapkan diri mereka untuk menangani cukai tersebut dengan bijaksana. Antaranya adalah dengan sedaya-upaya untuk menunjukkan segala perbelanjaan atau fees yang dikenakan terhadap mereka semasa proses jual-beli dilakukan.

Bagi mereka yang tidak tahu akan hal ini, mereka merasakan cukai tersebut membebankan mereka, tetapi bagi mereka yang berilmu dan tahu selok-belok hartanah, pasti akan ada jalan untuk memaksimakan keuntungan.

Print