PANDUAN LENGKAP UNTUK MENJADI REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) 

KETAHUI SYARAT, KOS, PENDAPATAN, PROSES PENDAFTARAN DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBINA KERJAYA SEBAGAI REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN) DENGAN LEGACY REAL PROPERTY

 

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, jom tonton video perkongsian  ini yang menerang serba sedikit mengenai permulaan sebagai REN. Semoga bermanfaat.

 

 

JOM DAFTAR SEBAGAI PERUNDING HARTANAH (REN) BERSAMA LEGACY REAL PROPERTY. KLIK BUTANG DI BAWAH

@brodilshare Anda nak jadi perunding hartanah? Jom dengar dulu apa yang saya nak terangkan. #tipshartanah #jombelajar #propertyagent #realestatenegotiatormalaysia #perundinghartanah@Property Agent & Investor ♬ original sound - Aidil Halim

APA ITU REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)/ PERUNDING HARTANAH

Ramai yang menyangka kerjaya ejen hartanah hanyalah membuka pintu rumah dan menunggu komisen. Hakikatnya, tugas seorang Real Estate Negotiator (REN) jauh lebih besar daripada itu.

REN ialah individu yang berdaftar secara rasmi di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) dan diberi kuasa untuk menjalankan aktiviti pemasaran, rundingan serta membantu proses jual beli atau penyewaan hartanah bagi pihak sebuah firma ejen hartanah yang berlesen.

Setiap REN akan mempunyai nombor pendaftaran REN dan wajib membawa Tag REN yang dikeluarkan oleh LPPEH sebagai bukti bahawa mereka menjalankan tugas secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

Apa Tugas Sebenar Seorang REN?

Kerjaya REN bukan sekadar menjual rumah. Seorang REN bertanggungjawab membantu pelanggan membuat keputusan hartanah dengan lebih mudah, selamat dan teratur.

Antara tugas utama seorang REN ialah:

  • Membantu pemilik menjual atau menyewakan hartanah.
  • Membantu pembeli mencari hartanah yang sesuai mengikut bajet dan keperluan.
  • Menjalankan pemasaran hartanah melalui portal, media sosial dan pelbagai platform digital.
  • Mengurus pertanyaan daripada prospek dan mengatur sesi lawatan ke hartanah.
  • Memberi penerangan mengenai proses jual beli, pinjaman bank dan dokumentasi asas.
  • Menjadi orang tengah semasa proses rundingan harga antara pembeli dan penjual.
  • Berurusan dengan peguam, pegawai bank, penilai dan pihak berkaitan sehingga urusan selesai.
  • Membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui khidmat nasihat dan konsultasi hartanah.

Dalam erti kata lain, seorang REN membantu memastikan keseluruhan proses transaksi hartanah berjalan dengan lebih lancar, tersusun dan profesional.

Apakah Beza REN, PEA dan Ejen Hartanah (REA)?

Ramai yang masih keliru dengan istilah ini. Walaupun sering digunakan secara berganti-ganti, ketiga-tiganya sebenarnya mempunyai peranan yang berbeza.

REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN)

 

REN ialah individu yang telah berdaftar dengan LPPEH dan bekerja di bawah sebuah firma ejen hartanah yang berlesen.

REN menjalankan aktiviti pemasaran, mencari pelanggan, mengurus rundingan serta membantu proses jual beli dan penyewaan hartanah. Walau bagaimanapun, REN tidak boleh membuka syarikat ejen hartanah sendiri.

Probationary Estate Agent (PEA)

 

PEA ialah individu yang telah lulus peperiksaan profesional dan sedang menjalani tempoh latihan praktikal sebelum layak menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.

Mereka berada pada peringkat akhir sebelum memperoleh lesen penuh sebagai Estate Agent.

Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent)

Ejen Hartanah Berdaftar ialah individu yang telah memenuhi semua syarat profesional yang ditetapkan oleh LPPEH dan memiliki lesen untuk membuka serta mengendalikan firma ejen hartanah sendiri.

Mereka bertanggungjawab mengurus operasi firma dan menyelia semua REN yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

Siapa Yang Sesuai Menjadi Real Estate Negotiator (REN)?

Anda Tidak Perlu Berpengalaman Untuk Bermula

Ramai REN yang berjaya hari ini bermula tanpa sebarang pengalaman dalam industri hartanah.

Apa yang membezakan mereka hanyalah kesediaan untuk belajar, menerima bimbingan dan bertindak secara konsisten.

Dengan latihan yang betul, mentor yang berpengalaman dan usaha yang berterusan, sesiapa sahaja berpeluang membina kerjaya yang berjaya dalam bidang hartanah.

Mungkin anda tidak mempunyai pengalaman hari ini, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi seorang REN yang berjaya pada masa hadapan.

Berapakah Pendapatan Seorang Real Estate Negotiator (REN)?

Secara umumnya, seorang REN memperoleh pendapatan melalui komisen daripada transaksi jual beli atau penyewaan hartanah yang berjaya diselesaikan.

Jumlah komisen yang diterima oleh REN bergantung kepada beberapa perkara, antaranya:

  • Nilai hartanah yang dijual atau disewakan.
  • Kadar komisen yang dikenakan mengikut amalan industri.
  • Struktur pembahagian komisen yang ditetapkan oleh firma ejen hartanah.
  • Polisi syarikat tempat REN bernaung.

Oleh sebab itu, jumlah pendapatan setiap REN adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

Berikut ialah contoh simulasi mudah untuk membantu anda memahami bagaimana komisen biasanya dikira.

Contoh:

Harga jualan hartanah: RM500,000

Kadar komisen agensi (contoh): 3%

Jumlah komisen transaksi:

RM500,000 × 3% = RM15,000

Komisen tersebut akan diterima oleh firma ejen hartanah dan kemudiannya diagihkan mengikut struktur pembahagian komisen yang ditetapkan oleh syarikat kepada REN yang terlibat.

Tidak seperti pekerjaan bergaji tetap, kerjaya sebagai REN memberi peluang kepada individu untuk menentukan sendiri tahap pendapatan mereka melalui prestasi kerja.

Sesetengah REN menjalankan kerjaya ini secara sambilan untuk memperoleh pendapatan tambahan, manakala ada juga yang memilih untuk menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Walau apa pun matlamat anda, kejayaan dalam bidang hartanah memerlukan ilmu, disiplin, konsistensi dan kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

PROSES MENJADI REN DENGAN LEGACY REAL PROPERTY

Menyertai industri hartanah sebenarnya lebih mudah daripada yang disangka. Berikut ialah proses asas untuk menjadi seorang Real Estate Negotiator (REN) yang berdaftar di Legacy Real Property.

1

Daftar

Isi borang minat dan hantar salinan MyKad serta sijil SPM. Kami akan menyemak kelayakan asas anda.

2

Temuduga

Sesi bersama Team Leader untuk menerangkan kerjaya REN, struktur komisen dan menjawab semua pertanyaan anda.

3

Kursus NCC

Hadiri Negotiator Certification Course (NCC) yang diwajibkan sebelum pendaftaran sebagai REN.

4

Daftar LPPEH

Agensi akan menguruskan permohonan pendaftaran REN bersama LPPEH selepas semua dokumen lengkap.

5

Mula Jual Rumah

Selepas menerima Tag REN, anda boleh mula memasarkan hartanah secara sah dengan bimbingan dan sokongan dari agensi dan Team Leader.

Kenapa Sertai Team Kami di Legacy Real Property

Memulakan kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN) mungkin kelihatan mencabar, terutamanya jika anda belum mempunyai pengalaman dalam industri hartanah.

Sebab itu kami menyediakan sistem sokongan yang lengkap untuk membantu anda belajar, membina keyakinan dan mengembangkan kerjaya langkah demi langkah. Anda tidak perlu bermula bersendirian.

Coaching & Mentor Berpengalaman

Anda akan dibimbing oleh Team Leader dan mentor yang berpengalaman dalam industri hartanah. Mereka akan membantu anda memahami proses kerja, berkongsi pengalaman sebenar serta memberi panduan apabila anda berdepan cabaran.

Latihan Secara Berkala

Pembelajaran tidak berhenti selepas anda menjadi REN. Anda akan mengikuti sesi latihan, perkongsian ilmu dan bengkel secara berkala yang merangkumi pemasaran, teknik rundingan, pengurusan pelanggan, pembiayaan bank serta pelbagai topik berkaitan industri hartanah.

Akses Kepada Listing & Database

Sebagai REN dengan Legacy Real Property, anda akan mempunyai akses kepada pelbagai listing hartanah serta database yang boleh membantu anda memulakan pemasaran dengan lebih cepat.

Ini membolehkan anda memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan tanpa perlu bermula dari kosong.

Sokongan Pemasaran

Kami menyediakan pelbagai bahan pemasaran yang boleh digunakan untuk membantu anda membina jenama dan menarik prospek.

Antaranya termasuk:

  • Template iklan
  • Poster media sosial
  • Idea kandungan
  • Copywriting
  • Panduan pemasaran digital

SOP Yang Terbukti

Anda tidak perlu memikirkan langkah seterusnya kerana kami menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) yang jelas untuk membantu anda menguruskan setiap peringkat transaksi dengan lebih sistematik, daripada mendapatkan prospek sehingga urusan selesai.

Sokongan Daripada Team

Apabila menyertai pasukan kami, anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti yang saling membantu.

Sekiranya anda memerlukan pandangan, bantuan semasa rundingan atau nasihat mengenai sesuatu kes, pasukan sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman dan membantu anda.

Group WhatsApp Yang Aktif

Anda akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp bagi memudahkan perkongsian maklumat, pengumuman latihan, peluang listing, idea pemasaran dan perbincangan harian.

Ini membolehkan anda sentiasa mendapat maklumat terkini serta belajar daripada pengalaman ahli pasukan yang lain.

Dah Sedia Untuk Menjadi Perunding Hartanah Berdaftar Dengan Legacy Real Property?