Asas pengiraan DSR (Debt Service Ratio)

DSR (Debt Service Ratio) adalah merupakan satu kaedah pengiraan kemampuan pembayaran semula pinjaman anda berdasarkan kedudukan kewangan terkini anda. Ianya juga boleh digunapakai untuk mengetahui kelayakan jumlah pinjaman anda.

Dengan mengetahui kiraan asas DSR ini, sekurang-kurangnya anda boleh berkira-kira untuk mengawal hutang dan sudah boleh merancang untuk mula mencari rumah di dalam had kelayakan anda sahaja.

1. DSR untuk Mengira komitmen bulanan

  DSR

Harus diingat, jumlah pendapatan adalah jumlah pendapatan bersih selepas ditolak EPF dan SOCSO.

Cth :

Amin seorang eksekutif di sebuah firma swasta dengan gaji bersih bulanan sebanyak RM3,000 sebulan. Dengan gaji tersebut, Amin telah berhutang untuk perkara-perkara berikut:

Kereta : RM800 sebulan
Pinjaman ASB : RM250 sebulan
Kredit Kad : RM5000 (bayaran min. RM250 sebulan)

Untuk itu, jumlah keseluruhan bayaran bulanan pinjaman Amin adalah sebanyak RM1300.

Dengan menggunakan formula pengiraan di atas, DSR Amin adalah 43.33%. Jumlah maksimum DSR yang ditetapkan oleh bank adalah berbeza-beza mengikut kadar pendapatan iaitu 70% untuk pendapatan RM3,000 ke bawah, 80% untuk pendapatan RM3,001 – RM8,000 dan 90% untuk pendapatan RM8,001 dan ke atas.

Bagaimanakah cara untuk merendahkan kadar DSR tersebut?

Caranya adalah dengan menambah pendapatan anda dan pendapatan tersebut boleh dibuktikan secara dokumen seperti sewa rumah, kerja lebih masa, kerja part-time, dan perniagaan sampingan. Penyelesaian hutang terdahulu juga dapat merendahkan peratus DSR tersebut.

Print