Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sinking Fund

Sebenarnya ramai yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan ‘Sinking Fund’ atau Kumpulan Wang Pelepasan ini. Mereka pasti tertanya-tanya mengapa perlu membayar untuk ‘Sinking Fund’ ini sedangkan mereka telahpun membayar yuran penyelenggaraan.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Sinking Fund’ ini ?

Termaktub di dalam Akta 46 Hakmilik Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, telah menjelaskan menjelaskan Sinking Fund atau Kumpulan Wang Pelepas diungkapkan sebagai tabung istimewa “special fund” dan ia boleh dikutip untuk memenuhi keperluan penting sesebuah bangunan.

Pemilik rumah tidak perlu keliru dengan kedua-dua pembayaran ini kerana, setiap pembayaran mempunyai fungsi dan kegunaannya tersendiri.

 

Apakah kegunaan ‘Sinking Fund’ ini ?

‘Sinking Fund’ digunakan sebagai wang kecemasan dimana wang tersebut digunakan khas untuk pembaikan dan penggantian baru utiliti, pembelian premium kebakaran untuk keseluruhan apartment, mengecat keseluruhan bangunan bagi mengekalkan kualiti dan lain-lain.

 

Berapakah jumlah pembayaran ‘Sinking Fund’ ini ?

Bagi pembeli rumah yang berstatus strata, pembayaran ‘sinking fund’ adalah sebanyak 10 peratus daripada bayaran perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak pengurusan, bermula pada tarikh pemilikan kosong (vacant possession). Buat permulaan, pembeli atau pemilik rumah kebiasaannya akan membayar deposit 1 bulan dan 3 bulan pendahuluan (1 mont deposit +3 month upfront). Selepas itu, pembayaran adalah sebanyak 1 bulan terdahulu akan dikenakan setiap bulan.

 

Sebenarnya, dana yang dikumpul semasa kutipan ‘Sinking Fund’ ini adalah untuk menjaga kepentingan dan harta penduduk. Jika terdapat salahguna wang tersebut, adalah disyorkan untuk penduduk atau pemilik rumah untuk melaporkan kepada Persatuan Pengguna dan Kementerian Perumahan kerana penyalahgunaan dana tersebut adalah merupakan pecah amanah dan salah di sisi undang-undang.

Semoga bermanfaat.

Print